Mar 17, 2011

Berlari di padang dan bukit tinggi

AMARAN! entri ini sangat panjang..Ya!sangat panjang...sila jangan baca jika tak nak buang masa...sebab aku memang nak buang masa korang ;)


Breathtaking view atau didalam google traslatenya hati melihat...

Ya...memang sejak dari dalam kapal lagi kami melihat keindahan alam ciptaanNya dengan hati yang kagum dan teruja!dan sudah tentunya lah kena lebih berhati-hati bila tiba disana...

Pergi berdua, maka berdualah kemana-mana pun...apa pasal aku cakap dah macam dalam hikayat merong nih?


Kitorang bertolak petang, flight jam 3+...semangat nak bercuti masukkan oksigen segar dalam otak dah tutup segala kemusykilan, keraguan, kecuakan (sebab pergi berdua, sepatutnya berempat)

Padang dan Bukit Tinggi tempat asal suku minangkabau...baik dari lapangan terbang mahupun stesen minyak semuanya atap minang. Perbezaan waktu di Padang lambat satu jam dari Malaysia. Jadi kitorang sampai lebih kurang pada waktu yang sama...

Dari dalam kapal dah heboh tanya orang sebelah, nak naik apa bila sampai nanti, makanan apa yang sedap, tempat apa paling menarik?bukan tak buat research sebelum bertolak..tapi tu lah, pegi gamble je kan...backpaking sangat lah kan.

Kat tempat orang tak boleh lah nak tunjuk heroin sangat...tapi tak boleh jugak ikut je apa orang kata..maka, tema kitorang 'Berdua lebih baik'...kemana-mana mesti berdua, tak kira lah ke tandas sekalipun.

Keluar je dari lapangan terbang, cari trafel macam yang makcik kerusi sebelah masa dalam kapal dan baru balik berubat gusinya di malaysia bagitau. Pakcik lecturer pun suruh naik trafel jangan ambil teksi sebab mahal..

Dalam lapangan terbang, kitorang duduk diam-diam..trafel tu apa?main teka-teka dengan makcik kerusi sebelah dan pakcik lecturer. Tapi satu pun tak betul...Jawapan dorang tetap trafel...haish...gawat sih!

Rupanya trafel tu van sewa...Dan boleh dikatakan semuanya toyota avanza, yang dorang gelar 'kenderaan seribu umat'. Rp300,000 untuk dihantar ke Bukit tinggi. Sebab kitorang memang dah plan untuk terus ke Bukit tinggi. Dua jam perjalanan..itupun jika tak macet! (macet = jammed)

Makcik kerusi sebelah mesti terlupa nak bagitau, yang supir/driver trafel bawak trafel macam kena kejar pak polisi!cilok sana,cilok sini..gue mau cilok oi!gue kasi honk sama lu tak berenti punya...dah macam scene cerita hindustan kecuali tak pakai tut tut lah...jalan nak ke Bukit Tinggi macam nak naik cameron highland...bukan jalan yang ada sekarang ni,jalan dulu tu!bengkang bengkok bagai.

Dah macam-macam surah lah kitorang baca, tapi time macet tu sempat lah snap gambar...yang atas ni rombongan sekolah...angkut dengan lori je bebudak tuh, kalau jatuh sorang tu nasib la...pandai-pandai la balik sendiri tahan trafel sesapa.

Padang kebanyakan banggunannya masih dalam proses pembaikpulih(betul ke ayat ni?),sebab gempa bumi yang lepas...tapi agak bersih kawasan sekeliling...dan kebanyakannya Islam..so,senang nak makan or solat

Masa dalam trafel bermulalah ayat-ayat manis si supir,tawar menawar pakej untuk bawak kitorang merata-rata sehinggalah balik...Rp1 juta 8ratus dorang minta. Hmmmm...yang kitorang ni belek-belek lah kitab (currency exchange tu lah,benda ni paling penting sekali, yelah dah duit dorang banyak lak kosong...konpius mak2!)

Macam ok je..sebab share dua orang...


Sebelum sampai ke Bukit Tinggi, si supir ni cakap nak bawa ke tempat yang jual kain-kain tenun/sulam original yang murah..Nama tempat tu Pandai Sikek (dalam bahasa, pandai sikat). Apalagi...kawan aku yang memang niat sebelum pergi lagi nak shopping memborong dengan sepenuh hatinya...aku pun tak nak kalah lah.

Memandangkan aku tak pandai sangat nak borong barang-barang sulam ni, sampai ke malam jugak la kitorang kat kedai tu,habis semua yang dalam almari..dalam plastik..semuanya kitorang bukak & punggah.

Lepas tu baru lah terhegeh-hegeh nak cari hotel...Rupanya hari libur (cuti) hotel kat Bukit Tinggi semuanya akan FULL!si supir dah warning dah masa memula naik trafel tu, cari hotelnya dulu mbak..baru shopping!hihi..memasing gayat nak shopping..hambik!

Serata hotel yang ada kat Bukit Tinggi tu lah kitorang pegi...(si supir yang tanyakan, kitorang dok dalam kete je...mem!), at last, jalan terakhir cari hotel kat padang...bermakna kena patah balik lah. Disebabkan si supir pun ada kondangan (kenduri) kat padang. So, ikut je la balik ke padang...Lagipun kan dah chartered dia dan kereta untuk tiga hari.

Dalam perjalanan balik tu singgah la restoran...sibuk shopping lupa nak makan, lagipun Bukit Tinggi dingin!tak rasa lapar sangat pun. Dorang akan kira mana yang kita makan je, bab makan aku tak kisah sangat..telan je mana yang boleh. Tapi memang sedap lah masakan dia.

Dekat jam dua belas tengah malam kitorang sampai hotel, Disebabkan kitorang pegi pun kejap je...maka,dua-dua tangan penuh dengan beg plastik hasil shopping. Dah siap berjanji dengan si supir..datang setengah jam sembilan pagi!(maknanya 8.30pagi)

Pagi tu, tunggu punya tunggu tak sampai-sampai plak si supir tuh...tapi yang semalam punya belum bayar lagi, so takda la cuak sangat...dekat pukul 10.30 tak sampai jugak lagi. Dekat dua jam la menyumpah seranah...hihi, orang tengah semangat nak berjalan ni si supir pulak buat hal.

Minta budak hotel tu call nombor si supir...tidak aktif mbak!haish...memang nak kena lempang bertubi-tubi budak yudi nih. Tak boleh tahan, kitorang minta tolong budak hotel carikan trafel lain...Rp350,000 je untuk 24jam minyak isi sendiri tu pun Rp100,000 je!!!tak guna punya yudi si supir..mahal gila dia nak charge.

Supir baru nama indra...agak gundut, sakit kaki yang makin lama macam makin tempang pulak dia jalan (motif nak minta belas kasihan ke apa tu), tapi bawak trafel..mashaallah,ashhaduallailahailallah lah!lebih kurang si yudi tak guna tu je...agaknya memang supir trafel ni ada training khas lah. Nasib la kan, yang penting selamat je..Lagu dalam trafel dia ada dua je sepanjang 24jam kitorang dalam tu, memang dah hafal lah, satu DANGDUT & satu ZIKIR ok...

Dia bawak berjalan-jalan sekitar Bukit Tinggi jugak...Masa lawat lubang jepun masa perang dunia ke 2,terjumpa hary si tour guide yang baik hati tawarkan nak tunjuk tempat-tempat best...upah RM10 je...
Mula-mula si hari bawak lepak kat cafe taruko yang ada pemandangan yang sangat-sangat awesome!Gambar kat atas ni nama dia tabiang takuruang (tebing terkurung). Ada sungai yang sangat sejuk mengalir kat bawah cafe ni...bayangkan je lah,malas nak upload gambar banyak-banyak...

Kat sini ada homestay untuk pelancong sahaja...kira tempat orang berduit la kat sini (orang malaysia ni dorang kata orang kaya)aku?kayap kot...kitorang tak makan kat sini sebab hary kata nak bawak kitorang makan itiek balado yang sedap.

Bergambar lah kitorang berdua..ko ambik gamba aku,aku ambik gamba ko.Tapi sejak dah ada hary dia dilantik jadi photographer jugak.

Masa nak bertolak pegi tempat lain tu lah si yudi tak guna supir 1st tu muncul..macamana dia boleh cari kitorang ntah...Apalagi kena la bebel dengan aku...aku pun kena bebel dengan dia jugak!haish...puas bertekak,kitorang bayar je apa yang dia nak.kena ketok la jugak.(DUIT...bukan ketok kepala...yang tu aku nak sangat buat kat si yudi tak guna tu..)

So, tema kitorang sejak dari tu "kesian kat diri sendiri sebelum kesian kat orang lain', malas nak kepoh-kepoh...dah la kitorang berdua je,so ambik je pakcik gundut kaki sakit tu..Hary cakap memang kitorang kena tipu pun, sebab mahal gila-gila charge dia...mungkin sebab dia tengok orang malaysia kan.(kan semua orang malaysia kaya!yeke?koma!)

Muncung 5Km aku hilang lepas si hary bawak jalan-jalan tengah lembah yang penuh dengan sawah...

Seluas-luas mata memandanglah..tak boleh nak nampak dalam gambar....macam lukisan yang aku selalu lukis masa sekolah rendah tu!ada dua gunung...satu jalan lurus...sawah padi!tapi yang ni real punya...

Rumah adat ni macam balai raya lah...dinding ukir sendiri,rumah takda paku..memang cantik lah.


Lepas tu kitorang lalu lembah untuk pegi ke puncak lawang...hary kata boleh tengok pemandangan paling cantik dari puncak tu. Perjalanan nak keatas tu lagi dora the explorer+adventure!Pakcik gundut kaki sakit tu tak ingat kaki dia sakit tu kot?

Sampai je atas..hujan!tak nampak apa-apa selain awan...penuh kabus,kira dah boleh buat video clip lah kat atas tu...takda rezeki...Tapi takpe sebab aku dah tengok dari atas kapal...memang awesome!awwwwwww....


Turun dari puncak lawang, kawan 'berdua lebih baik' aku dah mabuk-mabuk...banyak kali jugak lah berhenti. Sampai tempat makan itiek balado yang dikobar-kobarkan si hary tu.sangat awesome lagi pemandangan dia...

Restoran ni atas lembah...kat gambar tak nampak sangat kecantikan dia.bawah tu tempat orang main jeep tu..pekenamantah!

Makanan kat sini dorang masak guna kayu api...semua masakan marbeles lah,tapi itiek balado dah abes...ayam balado je yang tinggal.Baru nak heboh 1st time makan itik,haish...

Sebelum balik shopping jugak lagi..si hary jugak yang jadi tukang angkut beg -beg plastik kitorang yang berlambak tu. Kawan aku tak payah cakap la..jejak je kat sini terus segar bugar!tak mabuk lagi...hebatkan?shopping tu ubat segala penyakit...

Sepanjang kat sana aku menginap kat Diva Ikhlas...hmmmm,macam sangat kena kan?sediva-diva aku pun ikhlas tau!cuma masa bayar or bagi duit kat si yudi tak guna tu je aku tak berapa nak ikhlas...

Apa pun semuanya seronot!!!lepas ni keliling alam lagi...pastu buat entri bergambar panjang-panjang lagi..lepas tu aktiviti keliling alam kena berterusan lah!

Dah bye!

5 comments:

Unknown said...

nice entry.btw,nak tanya la.saya nak ke padang hujung tahun ni.but still confuse tak tau nak bawak bape hinggit ke sane.so from your experience,bape banyak budget should i bring along?only untuk belanja.pasal makan + penginapan dah settle.

Anonymous said...

owh..yang tu depend la,kalau saya yg tak brapa nak shopping sgt ni RM300 pun lebih dari cukup..siap ada balance lg,sebab mostly barang dia sulaman.telekung & kain buat baju byk la. So happy holiday & happy shopping!

-lulu-

Anonymous said...

hahaaa.. kelakar cara awak cerita.. bestnya.. kita nak pegi 18 dis ni.. tak sabar dah! harap tak jumpa di yudi tu..

papazul said...

salam tuan rumah...dah bersawang rumah ni yerkk..heehee...nampak macam jujur jer si hary tu..ada tak no phone dia...kalau ada emailkan kat saya...papazulfly@gmail.com....terima kasih....

Unknown said...

Hati2 memilih service drp supir. Jgn main hentam kromo jer...is better kita hire supir yg biasa digunakan oleh blogger sbb of course blogger akn selitkan wlaupn tak byk crita pasal supir....service mcmna...layanan pada tamu mcmna...hmm..dri situ la kita blh menilai supir tu bagus ke tak kan. So, sape2 yg bercadang ke Bukittinggi, boleh hire supir nih. Ramai blogger dr Mesia dah guna service. Namanya Aldi Safri. Agak2 kenal tak?? Boleh contact Aldi kat no h/p dia +6281363385879. Wasap pn boleh jgk. Sudah 6x saya guna servi e Aldi. Orangnya senang berurusan, boleh dipercayai & u will enjoy your trip when you hire him. Trust me!