Jul 5, 2011

Main panjat-panjat

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan



Panjat memanjat ni memang dari kecik lagi dah kena trained!setakat gunung ganang,bukit bukau,lurah dendam tu tak jadi hal lah!kasi je..akan ku panjat!

Ha'ah!yaaaaaaang hadooo,sempoooooot....memang trained dari kecik,bila beso ni takat ngadap pokok paling tinggi pun pokok bunga mak, tu pun sebab dia menjalar sampai bumbung rumah...


Memang mencabar kewibawaan jiwa raga lah gunung datuk ni. 880M/2900ft je...masa aku panjat gunung pakai seliper jepun, seluar jean, tak bawa apa-apa selain kamera & purse...kat Poring, Sabah tu 950M + jambatan gantung tak berapa gila macam kat gunung datuk ni kot.


Trek dia berbatu-batu, berakar umbi meruntun jiwa jugak la...berapa kali berenti sedut napas ntah. Aku ikut group mytravelkaki, 60orang semuanya..dari budak 9tahun sampai la ke nenek & atuk pun naik..kagum gila lah!mostly chinese la...dorang je rajin buat benda-benda macam ni.


Tersipu-sipu jugak la masa kena pintas dengan atuk-atuk & nenek-nenek tu...scene "tok nenek tumpang lalu ye cu" je kan....comel je dorang.






Kali ni dah siap-siap bawa spray lintah (wajib!),air 100+ dua botol, roti bagai...malangnya bekalan makanan aku gi bagi pulak kat adik aku yang sepanjang hidup dia tak pernah bersukan..panjat memanjat apatah lagi.


Keluar rumah jam lima pagi...mana ada warung nasi lemak buka lagi,janji dengan geng-geng jam enam setengah semua orang dah kena gerak ke rembau. Petronas ada roti-roti je...orang kampung ler kan,makan roti mana kenyang,hehehe

Kebuluran jugak la aku kat atas tu,pelajaran dipelajari : bawak makanan dalam beg sendiri!

Satu jam setengah jugak la nak menyampai ke puncak tu...belum campur lutut gigil sebab gayat nak panjat tangga goyang-goyang ikat kat batu tu...



Tapi dorang semua sangat supportive...semua nak kasi kursus motivasi sepanjang memanjat tu, yela kan..kang kalau give up rugi...kalau buat-buat pengsan kang sape pulak la yang nak angkut ko turun kan. Tak pasal-pasal nak kena bermalam kat atas tu


Kesudahannya masing-masing pulang dengan gumbira & hati banyak puas!esok terima bahana...


Rasakan...jalan pun dah macam penguin.Rasanya penguin pun sopan sikit kot..tapi penguin comel,rasa macam nak peluk-peluk je kan,aku nak jugak comel pastu kena peluk...

No comments: