Jan 3, 2012

Siri bercakap dengan dinding: Lesung batu jam dua pagi

Amaran: entri ini penuh dengan bunyi-bunyian, sila pastikan anda berada dikawasan kedap bunyi...psst!jangan pandang-pandang tempat lain tau!








Duk...duk...duk...

Macam bunyi lesung batu, tengok jam talipon bimbit 02.23pagi..hmmm,rajin orang atas ni memasak waktu macam ni...isteri solehah nak dapatkan syorga tu.

Duk..duk..duk...

Orang atas ni suka betul menumbuk sambal pagi-pagi buta macam ni kan?tanya aku kat kawan rumah kongsi.Macam-macam tanggapan dah kitorang buat sambil gelak berjemaah tapi dalam hati masing-masing dah rasa macam aneh, cuma taknak suarakan je lagi.

Tuk..tuk..tuk...

Macam bunyi orang paku dinding, tengok jam talipon bimbit 03.17pagi...hmmm,ada juga orang bertukang waktu macam ni kan, banyak frame gambar nak gantung agaknya...

Tuk...tuk...tuk...

Terjaga dari tido!rasanya aku tido tadi jam 12.30pagi...orang atas ni memaku lagi,haish!paku nak sangkut kelambu dia tercabut ler tuh.Tuk..tuk..tuk...aku tepuk bantal sendiri.

Sreeet...sreeet..sreeet..

Bunyi orang seret-seret kerusi, cerita kat tivi habis jam 02.00pagi...hmmm, orang atas ni asik makan je gamaknya.

Sreeet...sreeet...sreeet...

Seret kerusi lagi orang atas nih,rajin betul ubahsuai rumah pagi-pagi sapie' macam ni.

Malam lain...Bunyi guli berguling dari rumah atas...aku pandang kawan rumah kongsi...dia pandang aku...huuuaaaargggh!ngantuknya,jom tido!(berdesup masuk bilik masing-masing)

Malam lain...Bunyi pintu berdentum!lepas tu squuueeeeek....terbuka(bunyi macam pintu pejabat kerajaan kena buka dalam cerekarama tu)berdentum lagi!squuueeeek...terbuka...berdentum!!Hadui la...sabarlah hati,macamana nak tido nih. Dah rasa nak marah dah nih, Orang atas ni kot ye pun gayat nak balik kampung,kunci la pintu-pintu yang ada tu dulu. Bergegar tingkap bilik aku,bukan tingkap aje..segala penghuni dalam telinga aku ni bergegar sama. Dr.Fadhilah Kamsah kata tak elok tido dalam marah...Sabar...sabar...Berdentum!!!aarrrrghhh...sabar lagi...ngintai kat luar,takda pulak angin kuat atau nak hujan...haish!

Satu hari...aaarrrgggghh!!apasal basah ni...jerit kawan rumah kongsi, bilik kawan rumah kongsi tiba-tiba banjir,habis katil basah lencun...ko kencing malam kan?suspishes dah pandang kat dia nih, tapi tengok betul-betul kat lantai pun penuh air...takkan rumah tingkat satu boleh banjir pulak?selepas sesi mengemop,menjemur,memfebreze(dah tentulah kawan rumah kongsi buat sorang-sorang sambil aku tolong dengar luahan sakit hati dia). Melalui siasatan kitorang, air tu turun dari celah-celah batu dari rumah atas, Mustahil dari tingkap sebab bertutup & jauh dari katil. Kawan rumah kongsi yang tak puas hati pun mendaki ke tingkat atas, nama pun rumah banglo lima tingkat...ketuk punya ketuk naik lekuk mangkuk-mangkuk!(rhymes kan), bagi salam pun takda orang jawab. Pulang hampa keciwa kawan rumah kongsi. Report kat makcik tuan rumah lah gamaknya.

Satu malam...masa tu aku masih share bilik dengan kawan rumah kongsi. Aku tido mengadap dinding...Rasa macam dah lama tido, tiba-tiba....dum!bunyi pintu kena terjah..dan aku dapat rasa ada benda yang bergerak kat belakang aku. Aku ngintai dengan ekor mata(berani pulak lagi tu), kawan sebilik tido nyenyak tak bergerak-gerak pon..ah sudah...hati dah tak sedap, dalam kepala dah fikir macam-macam, pejam mata rapat-rapat!baca ayat kursi...tiga qul,alhamdulillah la saat-saat macam tu semua ayat-ayat tu aku boleh baca lagi, peluh menjejes tak ingat dah...tolooong la jangan kacau aku!huhuhu,nak nanges pon ada. Tak lama lepas tu, kawan sebilik bangun mengejut..aku pon terkejut la jugak!mau tak saspen..dah la baru lepas 'kena'(lain macam je bunyik nih)Rupanya kawan sebilik pun 'kena', cuma masa tu memang dia tido...tiba-tiba dia rasa ada 'benda' datang tindih dia. Makanya tak boleh nak tido untuk satu hari...gegelung hitam bawah mata dah boleh sampai dagu kalau macam nih.

Kejadian-kejadian kat atas tu salah satu je...banyak lagi kalau nak susun kat sini(malas...gulp!)

Memandangkan rasa ingin tahu melonjak-lonjak tum!tum!tum!(nak kasi kesan bunyi jugak),aku dengan tanpa deria rasa, balik kerja terus mendaki ke tingkat dua menuju ke rumah atas rumah kongsi, rumah kongsi kitorang tingkat satu,which is betul-betul (tak tipu) bawah rumah yang penuh dengan kesan bunyi-bunyian tu (kemain panjang nak explain kan...padahal cakap je la nak pegi jenguk rumah misteri tu,ok2..explain lagi)

Entah kenapa tiba-tiba pulak aku dengan GAGAH BERANInya (ehem..uhuk!haktuihs..mukus belum habis keluar dari badan..sori!)nak jenguk rumah tu sorang-sorang kan...sesampai je,tengok pintu rumah tu memang dah buruk & usang..hmmm, orang menyewa la jugak ni agaknya (biasala...bukan rumah sendiri). Tapi takda la aku nak gatal pegi ketuk rumah tu. Kebetulan pintu jiran dia terbuka, aku yang tiba-tiba terlebih peramah ni menonong la bagi salam.


Sesi temuramah dengan jiran 'rumah misteri';


Aku: Assalamualaikum!kak...o...kak!(nampak joyahnye kan..peramah la katakan)


Akak rambut daten maimon pun keluar...humang aih!ini kalau dia yang bagi salam kat pintu aku, mau aku biar dia bagi salam sampai tiga kali nih.(akak ni dah boleh masuk kategori misteri jugak nih)


Aku: Kak, nak tumpang tanya la...rumah sebelah akak ni ada orang ke?(idok ler aku bagitau pasal bunyi-bunyian tu)


Akak rambut misteri: La...rumah sebelah ni dah lima nam tahun takda orang duduk dik...kenapa?


Aku rambut mula nak jadi misteri jugak: Gulp!lima nam tahun ye...ooooo...gulp!gulp!gulp!hmmm....takda la,minggu lepas saya dengar bunyi pintu dia bising kemain dari pagi sampai ke pagi...kena tiup angin agaknya, ingat tuan rumah balik kampung lupa nak tutup pintu dia...gulp!gulp!gulp!(ok, masa ni boleh maintain keayuan tanpa panik lagi, sebab otak tengah kebas-kebas)


Akak rambut misteri muka suspishes(gulp!jgk la tu kot): OOooooo....akak pun dengar, dulu rumah tu tak berkunci..ada sekali tu budak gatal meghenyam buat projek pulak kat dalam tu tengah-tengah malam, terus la orang-orang kat sini pasang kunci kat rumah tu. Tapi lepas tu dah tak buka-buka lagi dah. Tuan rumah tu duduk banting, tapi bila call nombor dia dah tak guna..pastu pulak tak penah datang jenguk rumah dia ni.


Aku gulp!gulp!gulp!(habis air lio dah): Yeke ten!kalau macam tu takpe lah...saja nak tanya, kot lah nak minta daten cakapkan pasal pintu 'dia' tu, pasal bising sangat...ai balik dululah kalau macam tu ye!Assalamualaikum!


Daten misteri: Ye...bye!mmmmuah...(ok..yang ni tipu!)


Aku turun tangga dah tak rasa macam pijak tangga dah. Sempat pulak terpelecok kat situ, haish!nasib takda orang nampak...cucuk kunci pintu rumah sendiri pun dah tak masuk-masuk..time ni lah kunci-kunci ni nak rebel dengan aku.


Cerita dengan kawan rumah kongsi...masing-masing gulp!gulp!gulp! je...


Kebetulan pulak sebelum kejadian aku jadi terlebih peramah tu, kawan rumah kongsi ada call makcik tuan rumah kitorang..nak tanya pasal 'acik tanak jual rumah ni kat saya ke?', acik tu suggest 'adik beli la rumah atas tu...rasanya takda orang tu'.

Malam ni terus buka utube ustaz azhar idrus dengan zizan!kelakar...kelakar..kelakar..hahahahaha!(gulp!)dah pukul 12.30pagi ni..tolong lah mata, plis..plis..plis..




DUM!!!huuuuwaaaaaaa.......

















Adoiiiiiiiiiiiila......kaki dah lebam-lebam,terlanggar besi katil sendiri!cemerkap...yang ini selalu dah.



nota misteri belum habis lagi: kadang-kadang ada benda yang lebih baik kita tak tahu dari tahu...tahu?gulp!....



Dah, bye!

4 comments:

Amphenous said...

giler seram citer nieyh...dua kali den baca tau...nak kasik paham...

luluchen said...

oooooo...tak paham eh?gulp...

♥S@R@♥ said...

seram weii.. nasib xduduk dah..hehe

faizal hashim said...

seram.....mintak share....ade sambungan lg ker??