Mar 4, 2013

+- 400m / +- 1300ft

Bukit Tabur, Taman Melawati

Dah lama tak panjat-panjat, (geng panjat-panjat ramai dah pencen). Nak panjat sorang tak berani pulak, kang kalau pacat 'say hi' sape nak tolong kuis dengan ranting?

Hajat tercapai bila adik bongsu cuti lama & terperap kat rumah..laju lah aku ajak dia 'jom tengok dunia' wah kau!macam tiba-tiba kipas-kipas tiket kapal terbang depan dia..padahal KL je. Lagipun,dia je yang rajin join aktiviti serap oksigen segar aku ni.

Malam sebelum tu terbaca pulak berita gerombolan student sesat satu hari tak dapat keluar dari bukit...alamak,spoil je. Nekad je lah..lagi pun mesti ramai hikers lain. yang penting berhati-hati, jaga keselamatan & tak boleh eksaited sangat.

Jam tujuh pagi dah keluar, tapi sebelum tu kitorang balun nasi lemak kangkung..sebelum bakar kalori, upah perut masing-masing dulu : )

Nak cari jalan tak susah, tapi sesat jugak la kitorang sampai bukit emas..jalan nak masuk memang takda signboard. Nasib auntie yang baik hati lagi peramah tunjukkan arah.

 

Disebabkan lama tak buat aktiviti macam ni, untuk sejam yang pertama banyak kali juga lah berhenti,semput..belum masuk berhenti bergambar lagi,bukti bergambar penting ooo..

Mula-mula berjalan, trek memang senang & clear...tak banyak sangat halangan,halangan yang ada pun lemak-lemak tepu aku ni je..masuk point kedua ketiga dah mula sesi peluh jantan betina memercik-mercik..nak kena panjat-panjat bukit batu!ala..gayat mak nak oi..

Tapi pemandangan dah mula cantik,masa tu tak tau nak happy ke tak sebab gayat belum habis lagi..ditambah pulak dengan kaki katik yang tak berapa nak membantu time melintas antara dua bukit,haish!Mulut tak berenti membebel, nasib lah adik aku rajin layan...


Bertembung jugak lah dengan hikers lain, tengok dorang siap pakai glove bagai..macam pelik juga, rupanya memang calar balar tangan hasil manjat bukit batu!belum kira mata masuk habuk batu lagi..adei,takpa-takpa..celup lotion sebotol lah gamaknya,1st time kot naik bukit batu..pasni nak kena makesure bawa bekalan keselamatan.


90darjah tau..memang rock climbing betul, terkial-kial kaki katik aku mencari tapak nak pijak.Seronok tak boleh nak cakap..pemandangan sangat-sangat awesome,empangan klang gate sebelah,sebelah lagi KL!neon dari highway..kereta berdesup-desup,ok tipu..nak tengok kereta berdesup-desup kat KL memang imaginasi ramai orang. 


Baca kat blog-blog cakap ada 6 point je..tapi masa aku naik ada dalam 13point!lepas point ke7 kitorang dah start garu-garu...ragu-ragu..ni betul ke trek ni?kot kang sesat macam student-student tu kang,dah pulak nak kena masuk tivi dengan muka selebet, busuk lagi..isk!

Nekad juga,terus je lah..lagipun nak kena perati sign yang ada kat batu-batu tu..dorang spray dengan cat merah..so,sambil jalan tu jangan lah nak melopong sangat. Sebelum kitorang, ada satu geng ni..siap dengan rayban & beg hiking, tapi ramah asal terjumpa kitorang je 'hey guys!'Kemain laju lagi dorang jalan..yelah-yelah..you guys banyak stamina,i ni je yang semput asik berenti-berenti..

Ntah point ke berapa ntah, kitorang terdengar bunyi-bunyian dari bawah bukit..alamak,tak kan ada menatang buas kot kat sini,serem-serem jugak..tiba-tiba 'Hey guys!'were lost lah...there's no map here...bla..bla..bla..lor,bebudak tu rupanya,haha..itulah masuk utan siap ber rayban,mana nak nampak sign..kan dah sesat.


Sampai puncak terakhir pemandangan dah macam kat korea plak..wah!berangan lagi kat sini.sirius!banyak pokok bonsai yang comel-comel..ni kalo mak tau ni sure dia suruh kitorang cabut jugak pokok tu bawak balik. Tapi balik nanti sure nak kepoh-kepoh satu rumah yang kitorang dah berjaya naik bukit yang awesome, so ambik jugak la sikit dahan-dahan bonsai tu,idup ke tak belakang crita.

Dekat 3jam (naik & turun) kitorang ambik, itu pun sebab aku berhenti-henti amik napas,amik air,amik gambar..turun sekejap je tak sampai 1jam pun,sebab lalu jalan hutan & dusun durian..tak payah daki bukit(kesian kaki katik aku).

Dah bye!

Jan 20, 2013

Semua anatomi sibuk merayap

AMARAN: ENTRI PALING TAK TENTU ARAH & TAK HABIS SEBAB EMO PASAL KAIN TENUN ASLI..HIHI,ALASAN...BLUEEWEEEKK!!BLOGGER DAH BARU TERUS TAK SELERA NAK UPDATE..KEPAM ENTRI BERTAHUN2..

Tada!merayap kat Medan & Danau Toba...terus jadi malas nak update semuanya, tak nak kerja dah kot...nak merayap!nak merayap!rebel..rebel..
(lama kot aku kepam entri nih)



Kali ni tujuan utama merayap sebab nak tengok adat istiadat perkahwinan orang medan & nak bedal semua makanan yang boleh dimakan...Kebetulan pulak kak rika (saudara aku) jemput kondangan kawen dia. Laju berdesup ler aku tempah tiket.


Cuti-cuti kali ni tak payah susah-susah nak cari supir & hotel, kitorang menginap je kat rumah pak maruto plus hakim dah sewa van untuk kegunaan semua. So, dah jimat belanja kan...senyum lebo!


Kali ni aku pegi dengan adik aku dua orang & sorang sepupu, Dari rumah naik Komuter sampai KL Sentral naik bas ke LCCT. Backpakers style ler kononnya nih..tapi siriusli jimat!aku pulak memang bajet tak berapa nak banyak,tapi cita-cita tinggi melambung tak hengat nak merayap keliling alam...

Pendek cerita kitorang sampai Medan jam 10.30malam dan rahmah & agus dah sedia menunggu. Terus je pegi jumpa pengantin kat rumah mertua dia sekejap amik gambar bagai & balik ke rumah pak maruto. Setakat yang aku tengok preparation dorang sama jugak macam kat malaysia. Pakai inai & hias bilik pengantin...Cuma kak rika buat kenduri kat dewan,so belum tengok lagi pelamin dorang.

Bangun pagi, pak maruto dah siap-siap belikan sarapan...kat atas ni nama dia Nasi Guring. bukan nasi goreng yang biasa tu, tapi macam nasi berlauk yang dorang bungkus bercampur dengan kuah & sambal. Pedas!!aku bukan tahan sangat pedas-pedas ni...so tukar lah konon-kononnya.

Ni nama dia luntong, sama macam yang ada kat malaysia cuma rasa dia lain sikit...Pedas minta nyawa!!jugak lagi, rupanya dorang memang suka makan pedas-pedas. Nak buat macamana kan, kat tempat orang tak boleh la nak memilih sangat..bedal je lah.

Lepas tu siap-siap nak gi kenduri kak rika, ops lupa...dorang dah nikah siang tu sebelum flight kitorang. Tak dapat nak tengok cara nikah dorang, tapi tengok kat gambar..dorang nikah macam kat dalam citer sinetron tu lah jugak...rugi tak dapat tengok live.

Dapat lah tengok persiapan dorang pagi tu..mak aih baju masing-masing tak nak kalah..kerawang-kerawang, labuci-labuci ,manik-manik segala bagai lah!meriah yu..kitorang je yang paling huduh agaknya...belum lagi tengok dorang lilit-lilit kat tudung nak jadikan bunga tu!kagum gila lah.


Lepas masuk je pagar nak ke dewan tu kagum lagi...penuh sepanjang jalan masuk tu dengan signboard macam kat atas ni, rupanya dorang bagi hadiah signboard tu...tak bestnya!memang la cantik sebab tulisan tu buat guna bunga (ada yang bunga hidup, ada bunga plastik) tapi kalau aku kawen nanti aku tak nak benda alah tu, bukan boleh buat apa pun. ececece..berangan jugak tu.




Masuk je dewan, kagum lagi...makdatuknenekayahmoyang,punyalah besar & panjang pelamin dia. Siap pelamin untuk parent dua-dua pihak lagi. Dah abes kagum, masing-masing gelabah cari makanan...macam kat malaysia juga, kenduri start tengahari & makanan keluar pun tengahari la.


Lapo meroyan dah, nampak pulak kuih-kuih atas meja, fuh lega...kuih-kuih pun lebih kurang macam kita je,rasa je yang beza. Sekelip mata je bakul ni kosong.



Ni rahmah & bf dia agus...mungkin kitorang akan ke medan semula untuk kondangan dorang ni pulak kot. Sepanjang kat sana dorang berdua ni la yang rajin bawak kitorang berjalan. Sanggup ambik cuti pulak lagi..thanx banyak2 uols!


Lama jugak la nak tunggu majlis mula...


Sebelum pengantin masuk ada tarian adat dulu...dorang iring pengantin sampai kat pelamin...lama la jugak,siap ada sajak pantun suma. Bahasa dorang la, yang kitorang kat tepi ni melopong je.


Kitorang tunggu sampai ke habis majlis...dapat lah tengok cara & adat orang sana dalam majlis macam ni.

Masa yang dinanti-nantikan...merayap sambil makan-makan!kitorang memang bertuah lah sebab ada sedara yang boleh tunjukkan apa yang nak dimakan,apa yang menarik nak tengok or buat.


Mula-mula cari apa yang famous kat sana...ayam penyet & jus apokat yang lazat nyum3 dan murah!jus dorang memang macam-macam ada,cuma tak sempat nak amik gambar sebab masing-masing tak sabar dah nak membaham. So, boleh kata makanan & minuman kat sana semuanya oleh diterima perut dan tekak.




Hari selepas kenduri, kitorang merayap kat danau toba pulak...tak sah la kalau jejak medan tak jejak danau toba kan. Tapi perjalanan nak sampai ke sini mashaallah lah jauhnya dari kota medan. Rasa macam nk pergi kelantan je dah...6-7jam!itu pun yang bawa kereta tu expert lah..tak berhenti pon.kalau berhenti-henti mau satu hari memandu. Yang pergi tu semua sedara mara..so, kepoh kecoh la macam biasa.


Sesampai je kat sana, kitorang terus cari tempat penginapan..memang banyak kat sana, memandangkan supir merangkap sedara aku dah drive berjam2 tanpa henti, kitorang sewa banglo sebiji (ada 5 bilik, macam homestay la) yang sangat murah, mungkin jugak disebabkan sepupu medan aku yang buat tawar menawar...biasalah, selalunya harga pelancong lain dengan harga orang tempatan kan.

Danau Toba dingin!kitorang sampai danau toba dalam jam 6pagi+-, bertolak jam 10malam+- (tanpa henti..bayangkan je la jah!). Nasib la bawak baju lebih,sepupu medan aku lupa pulak nak bagitau awal-awal yang kat sana dingin..waduh2.

Lepas rehat-rehat, sepupu medan aku carikan makanan sebab katanya susah sikit nak cari makanan halal kat sini. Walaupun ada yang pakai tudung, belum tentu dia islam. So, sesiapa yang melawat danau toba ni aku cadangkan makesure lah tourguide korang tau mana nak cari makanan halal.

Makanan pun telan sebab tak nak perut kosong je (tekak aku lah,padahal aku baham je semua..hihi)



Siap semua, kitorang cari boat untuk ke pulau tengah-tengah danau ni...pemandangan memang heaven lah..dengan angin dingin menyusup ke tulang belulang. Cari boat pun nak kena pandai,takut kena tipu even orang dari kota medan pun (senang cakap semua urusan kitorang kat sini,sepupu medan aku yang uruskan lah..kitorang tinggal nak menikmati je..hehe)

Naik boat nak ke pulau dalam 25minit tak silap aku la..sepanjang dalam boat tu memang mengadap air & pokok & gunung batu kapur keliling danau (sangat cantik ciptaan tuhan), tapi selain tu ada 'Samosir band'(kitorang yang bagi nama ni) yang akan hiburkan penumpang. Band ni terdiri dari budak-budak kecik seluar & baju koyak-koyak (psyco mungkin), mungkin anak or sedara tokey boat tu. dorang takda alat muzik...berbekalkan tapak tangan & peha je jadi alat muzik dorang. Lagu apa memang kitorang tak faham, memang menghiburkan lah.

Selesai buat persembahan, budak-budak ni bawak plastik keliling boat, kutip derma...lagi ramai pelancong lagi banyak lah dapat.







Inilah 'Samosir Band'. Comel & malu-malu budak-budak ni buat persembahan...ntah sekolah ke tidak budak-budak ni. kesian...


Boat ni akan lalu satu perkampungan, sepupu aku cakap pelancong kena baling syiling kedalam air & budak-budak atas sampan ni akan 'dive' kedalam air dan ambik duit tu guna mulut. Kitorang yang gayat tak pernah tengok ni pun apalagi..korek semua syiling yang ada, memang laju je dorang 'dive', jumpa pulak tu syiling tiap kali kitorang baling..tak kira arah mana pun dapat aje (tapi semuanya duit malaysia!kesian pulak kat budak-budak tu, dah tentulah tak boleh nak tukar tu...tak tau la kot kalau money changer dorang terima syiling)



Oh, masuk pulau ni kena bayar...aku lupa pulak berapa,tapi tak mahal lah. dan kat pulau ni memang shopping, shopping & shopping je lah kitorang. Dan ada perkampungan batak yang mana boleh tengok persembahan & rumah adat dorang.








Hari esoknya sebelum balik kitorang pergi jugak lah shopping kat pasar lama...dulu tempat ni pasar basah, tapi dah dijadikan pusat perniagaan kain-kain,baju-baju & etc lah. Nak shooping kat sini pun kena pandai - pandai tawar...biasa la tipu menipu tu memang banyak, so cara paling selamat bagi kitorang adalah dengan tutup mulut diam-diam,tunjuk je apa nak then sepupu aku lah yang tawar menawar...harga pelancong dengan tempatan memang berbeza sangat-sangat. Tapi kitorang pun takda lah nak memborong sangat pun..






Ini di'kata'kan kain tenun asli, sangat murah...siap bagi contoh kain untuk dirasa,diramas,dikeronyok,diremuk, tapi yang dalam plastik ini tidak boleh dibuka..boleh lah nak buat buahtangan untuk kawan,kawan,kawan.TAPI,bila dah beli cepat-cepat dorang ni cabut, masa tu takda lah kitorang nak saspishes sangat.

Selesai shopping terus ke airport...rupanya kain tenun asli dah serupa khemah camping!dah macam plastik,bak kata mak 'nak buat kain buruk or alas kaki pun tak layak'..

Gambar je...(tak rajin nak buat caption,but the picture speaks for itself..)







Apr 25, 2012

Hazabedah!

Hah!apa dah jadi dengan blogspot!terus tak tahu nak guna..cemana nak kemaskini panjang-panjang tanpa berguru dulu nih..ish!dah lah tak berapa pintar IT...


*alasan sang pemalas...entri yang dah kepam setahun pun belum post lagi*

Dah, bye!

Jan 10, 2012

Air!

Kawasan sekitar rumah kongsi dah lima hari takda bekalan air...surat dari Syabas bagitau 'kekurangan air dari empangan untuk menampung kapasiti permintaan air yang tinggi' Syabas!nak kena gali telaga lah macam ni.

Memandangkan rumah kongsi tingkat satu, ada la jugak titisan air dari sinki dapur untuk digunakan...tangki awal-awal dah kering.

Nasib lah rumah kongsi ada tiga orang je,lima hari dah tak basuh baju..masing-masing nak kena jimat air,tak tahu sampai bila nak ada air nih..

Tapi...lima hari menahan seksa, pegi tandas dapat no.1 je...no.2 macamana??!ofis pun takda air,arrrgghh!takkan nak kena travel semata-mata no.2 kot?

Memandangkan sinki dapur masih mengeluarkan titisan air...habis segala baldi gayung dikeluarkan, sesi angkut mengangkut air dari dapur ke bilik mandi adalah seksaan mental & fizikal.

Teringat masa tadika...

Masuk sukan lari bawak air dalam cawan lepas tu tuang dalam botol mineral. Walaupun kecik-kecik dulu aku dalam kategori budak yang sangat aktif, tak pernah pulak kitorang main isi air dalam botol.

Benda yang paling hampir dengan sukan tu pun kitorang masukkan hasil tangkapan berudu dalam botol(masa tu kitorang percaya yang berudu tu ikan).

Maka, pada hari sukan tadika aku...takda setitis pun air yang aku tuang tu masuk dalam botol. Sudah tentu aku lah punca utama team aku kalah!tu belum kira nebes tangan gigil-gigil lagi..

Bila pengumuman peserta terbaik diumumkan. Tiba-tiba aku kena tolak/tarik dengan cikgu pegi kedepan...Aku tengok cikgu tu muncung-munung cakap 'NAMA AWAK KENA PANGGIL TU!'

Aku dengan tanpa rasa apa siap senyum lebar lagi ambik hadiah...Peserta terbaik tu!sape tak bangga kan.

Rupanya dah besar ni baru lah aku paham kontroversi 'peserta terbaik' aku tu...yang umumkan nama pemenang tu kawan ayah...Kroni!ikut sukahati dia je nak umumkan,hahaha. Patutlah cikgu-cikgu hari tu muncung-muncung je pandang aku...

Tapi disebabkan rasa bangga jadi peserta terbaik tu lah aku jadi semangat & gagah mengangkut air selama lima hari nih!semoga aku terus gagah...arrrrghhhh!air!!!!

Jan 3, 2012

Siri bercakap dengan dinding: Lesung batu jam dua pagi

Amaran: entri ini penuh dengan bunyi-bunyian, sila pastikan anda berada dikawasan kedap bunyi...psst!jangan pandang-pandang tempat lain tau!








Duk...duk...duk...

Macam bunyi lesung batu, tengok jam talipon bimbit 02.23pagi..hmmm,rajin orang atas ni memasak waktu macam ni...isteri solehah nak dapatkan syorga tu.

Duk..duk..duk...

Orang atas ni suka betul menumbuk sambal pagi-pagi buta macam ni kan?tanya aku kat kawan rumah kongsi.Macam-macam tanggapan dah kitorang buat sambil gelak berjemaah tapi dalam hati masing-masing dah rasa macam aneh, cuma taknak suarakan je lagi.

Tuk..tuk..tuk...

Macam bunyi orang paku dinding, tengok jam talipon bimbit 03.17pagi...hmmm,ada juga orang bertukang waktu macam ni kan, banyak frame gambar nak gantung agaknya...

Tuk...tuk...tuk...

Terjaga dari tido!rasanya aku tido tadi jam 12.30pagi...orang atas ni memaku lagi,haish!paku nak sangkut kelambu dia tercabut ler tuh.Tuk..tuk..tuk...aku tepuk bantal sendiri.

Sreeet...sreeet..sreeet..

Bunyi orang seret-seret kerusi, cerita kat tivi habis jam 02.00pagi...hmmm, orang atas ni asik makan je gamaknya.

Sreeet...sreeet...sreeet...

Seret kerusi lagi orang atas nih,rajin betul ubahsuai rumah pagi-pagi sapie' macam ni.

Malam lain...Bunyi guli berguling dari rumah atas...aku pandang kawan rumah kongsi...dia pandang aku...huuuaaaargggh!ngantuknya,jom tido!(berdesup masuk bilik masing-masing)

Malam lain...Bunyi pintu berdentum!lepas tu squuueeeeek....terbuka(bunyi macam pintu pejabat kerajaan kena buka dalam cerekarama tu)berdentum lagi!squuueeeek...terbuka...berdentum!!Hadui la...sabarlah hati,macamana nak tido nih. Dah rasa nak marah dah nih, Orang atas ni kot ye pun gayat nak balik kampung,kunci la pintu-pintu yang ada tu dulu. Bergegar tingkap bilik aku,bukan tingkap aje..segala penghuni dalam telinga aku ni bergegar sama. Dr.Fadhilah Kamsah kata tak elok tido dalam marah...Sabar...sabar...Berdentum!!!aarrrrghhh...sabar lagi...ngintai kat luar,takda pulak angin kuat atau nak hujan...haish!

Satu hari...aaarrrgggghh!!apasal basah ni...jerit kawan rumah kongsi, bilik kawan rumah kongsi tiba-tiba banjir,habis katil basah lencun...ko kencing malam kan?suspishes dah pandang kat dia nih, tapi tengok betul-betul kat lantai pun penuh air...takkan rumah tingkat satu boleh banjir pulak?selepas sesi mengemop,menjemur,memfebreze(dah tentulah kawan rumah kongsi buat sorang-sorang sambil aku tolong dengar luahan sakit hati dia). Melalui siasatan kitorang, air tu turun dari celah-celah batu dari rumah atas, Mustahil dari tingkap sebab bertutup & jauh dari katil. Kawan rumah kongsi yang tak puas hati pun mendaki ke tingkat atas, nama pun rumah banglo lima tingkat...ketuk punya ketuk naik lekuk mangkuk-mangkuk!(rhymes kan), bagi salam pun takda orang jawab. Pulang hampa keciwa kawan rumah kongsi. Report kat makcik tuan rumah lah gamaknya.

Satu malam...masa tu aku masih share bilik dengan kawan rumah kongsi. Aku tido mengadap dinding...Rasa macam dah lama tido, tiba-tiba....dum!bunyi pintu kena terjah..dan aku dapat rasa ada benda yang bergerak kat belakang aku. Aku ngintai dengan ekor mata(berani pulak lagi tu), kawan sebilik tido nyenyak tak bergerak-gerak pon..ah sudah...hati dah tak sedap, dalam kepala dah fikir macam-macam, pejam mata rapat-rapat!baca ayat kursi...tiga qul,alhamdulillah la saat-saat macam tu semua ayat-ayat tu aku boleh baca lagi, peluh menjejes tak ingat dah...tolooong la jangan kacau aku!huhuhu,nak nanges pon ada. Tak lama lepas tu, kawan sebilik bangun mengejut..aku pon terkejut la jugak!mau tak saspen..dah la baru lepas 'kena'(lain macam je bunyik nih)Rupanya kawan sebilik pun 'kena', cuma masa tu memang dia tido...tiba-tiba dia rasa ada 'benda' datang tindih dia. Makanya tak boleh nak tido untuk satu hari...gegelung hitam bawah mata dah boleh sampai dagu kalau macam nih.

Kejadian-kejadian kat atas tu salah satu je...banyak lagi kalau nak susun kat sini(malas...gulp!)

Memandangkan rasa ingin tahu melonjak-lonjak tum!tum!tum!(nak kasi kesan bunyi jugak),aku dengan tanpa deria rasa, balik kerja terus mendaki ke tingkat dua menuju ke rumah atas rumah kongsi, rumah kongsi kitorang tingkat satu,which is betul-betul (tak tipu) bawah rumah yang penuh dengan kesan bunyi-bunyian tu (kemain panjang nak explain kan...padahal cakap je la nak pegi jenguk rumah misteri tu,ok2..explain lagi)

Entah kenapa tiba-tiba pulak aku dengan GAGAH BERANInya (ehem..uhuk!haktuihs..mukus belum habis keluar dari badan..sori!)nak jenguk rumah tu sorang-sorang kan...sesampai je,tengok pintu rumah tu memang dah buruk & usang..hmmm, orang menyewa la jugak ni agaknya (biasala...bukan rumah sendiri). Tapi takda la aku nak gatal pegi ketuk rumah tu. Kebetulan pintu jiran dia terbuka, aku yang tiba-tiba terlebih peramah ni menonong la bagi salam.


Sesi temuramah dengan jiran 'rumah misteri';


Aku: Assalamualaikum!kak...o...kak!(nampak joyahnye kan..peramah la katakan)


Akak rambut daten maimon pun keluar...humang aih!ini kalau dia yang bagi salam kat pintu aku, mau aku biar dia bagi salam sampai tiga kali nih.(akak ni dah boleh masuk kategori misteri jugak nih)


Aku: Kak, nak tumpang tanya la...rumah sebelah akak ni ada orang ke?(idok ler aku bagitau pasal bunyi-bunyian tu)


Akak rambut misteri: La...rumah sebelah ni dah lima nam tahun takda orang duduk dik...kenapa?


Aku rambut mula nak jadi misteri jugak: Gulp!lima nam tahun ye...ooooo...gulp!gulp!gulp!hmmm....takda la,minggu lepas saya dengar bunyi pintu dia bising kemain dari pagi sampai ke pagi...kena tiup angin agaknya, ingat tuan rumah balik kampung lupa nak tutup pintu dia...gulp!gulp!gulp!(ok, masa ni boleh maintain keayuan tanpa panik lagi, sebab otak tengah kebas-kebas)


Akak rambut misteri muka suspishes(gulp!jgk la tu kot): OOooooo....akak pun dengar, dulu rumah tu tak berkunci..ada sekali tu budak gatal meghenyam buat projek pulak kat dalam tu tengah-tengah malam, terus la orang-orang kat sini pasang kunci kat rumah tu. Tapi lepas tu dah tak buka-buka lagi dah. Tuan rumah tu duduk banting, tapi bila call nombor dia dah tak guna..pastu pulak tak penah datang jenguk rumah dia ni.


Aku gulp!gulp!gulp!(habis air lio dah): Yeke ten!kalau macam tu takpe lah...saja nak tanya, kot lah nak minta daten cakapkan pasal pintu 'dia' tu, pasal bising sangat...ai balik dululah kalau macam tu ye!Assalamualaikum!


Daten misteri: Ye...bye!mmmmuah...(ok..yang ni tipu!)


Aku turun tangga dah tak rasa macam pijak tangga dah. Sempat pulak terpelecok kat situ, haish!nasib takda orang nampak...cucuk kunci pintu rumah sendiri pun dah tak masuk-masuk..time ni lah kunci-kunci ni nak rebel dengan aku.


Cerita dengan kawan rumah kongsi...masing-masing gulp!gulp!gulp! je...


Kebetulan pulak sebelum kejadian aku jadi terlebih peramah tu, kawan rumah kongsi ada call makcik tuan rumah kitorang..nak tanya pasal 'acik tanak jual rumah ni kat saya ke?', acik tu suggest 'adik beli la rumah atas tu...rasanya takda orang tu'.

Malam ni terus buka utube ustaz azhar idrus dengan zizan!kelakar...kelakar..kelakar..hahahahaha!(gulp!)dah pukul 12.30pagi ni..tolong lah mata, plis..plis..plis..




DUM!!!huuuuwaaaaaaa.......

















Adoiiiiiiiiiiiila......kaki dah lebam-lebam,terlanggar besi katil sendiri!cemerkap...yang ini selalu dah.



nota misteri belum habis lagi: kadang-kadang ada benda yang lebih baik kita tak tahu dari tahu...tahu?gulp!....



Dah, bye!

Aug 10, 2011

Rawak ~ 002

2Nah kau selambak...jangan diletak buah-buah tempatan depan aku ni,pantang sikit...pantang nampak!memang tak kan pandang belakang depan kiri kanan lagi dah.


Pegi kursus motivasi...dapat nesan sorang satu, Mula-mula dapat geletor nak megangnye...nak mandang pon gigil nyah!!!maklumlah tiba-tiba batu nesan tulis nama sendiri...mau taknye?

Appel, Belimeng, Carot....taram je lah,janji ko paham ye anak-anak...


Oreng, Tembikai (pandai sikit dah..), nanas (ni mesti ada orang order sebut macam ni nih)


Jumpa tepi tempat aku park kereta tiap pagi tiap petang...dewa dewi mana pulak yang suka sangat makan gula-gula ngan kacang campur pasir ni?nak rembat kang sakit perut pulak..tapi kadang-kadang nampak macam sedap je,lagi-lagi bulan puasa ni kan...


Kadang-kadang tuhan nak uji kita dalam pelbagai cara...mak kita pun kadang-kadang macam-macam cara nak uji kita. Bulan puasa,tengahari yang rembang...Mak!kalau jilat kotak tisu batal tak puasa?

Akibat gelojoh turun bukit nak cepat dan hebat...seluruh tangan bercalar balar macam baru lepas kena dera.

SLK sekarang dah ada berlian...diamonds are forever jah oi....nak pasang kat jari tak mampu,pasang je kat tempat letak jejari.

Saya Batang Buruk....hah?tak paham jugak lagi?tapi ni pun kuih peberet nih...tersedak-tersembur la jugak,udah tengah makan tu sibuk jugak la nak begosip...tak sabo-sabo dah.


Aug 1, 2011

Main panjat - panjat - 002

Menghoyan nak memanjat je sekarang nih...esok-esok kang senang la nak kata ' setinggi-tinggi gunung sanggup ku daki, sedalam-dalam lautan sanggup ku renangi' kan...

Sebab masa tu gemuruh jiwa semangat membara dari puncak ingin ke angkasa kot!tu yang pacat pun pacat lah..padahal spray pacat tu dah setengah botol aku balun. Dekat empat puluh lima minit jugak la nak sampai atas, sepatutnya tiga puluh minit je...lambat sikit sebab masing-masing amatur(sempoooooot)

Sampai atas,lepak-lepak ambik nafas dulu...Keluarkan bekal makanan,mak aih...akak aku bawak bekal nasi lauk kari siap ngan sayur sekali...patut la pelan je naik. Apalagi,masing-masing yang memang lapar meroyan kerumun tak ingat dah kalori yang baru sikit je terbuang tu..Terima kasih chef kesayangan!mmmmuah..i lof u belli2 much!Kebetulan hujan lebat pulak tiba-tiba,lagi syok la membalun



Hujan renyai-renyai je kitorang sambung jalan...baru separuh jalan,hujan lebat lagi dapat la mandi hujan sambil main lecak (kalo kecik-kecik dulu sure kena sebat tu). mencabar kewibawaan betul bila jalan kat trek licin berselut-selut. Masa tu tak sempat nak tengok pacat lintah dah, masing-masing sibuk perati tebing-tebing kot kang tergolek sape lak nak angkot naik kang

Turun dari Bukit Saga kat Cheras!(berjalan dari ampang sampai cheras kau...)kitorang singgah warung kecik,minum air kelapa sambil habiskan bekal makanan. Akak & abang ipar aku surrender dulu..balik kat kereta naik teksi.(Beginner..so dimaafkan,hehehe). Lepas beli bekalan pisang-pisang untuk bagi perut sindiri makan, kitorang panjat bukit apek pulak. Ada dalam lima level tak silap...hujan dah berhenti,tapi lopak-lopak air & selut-selut licin memang buat orang nak tergolek je. Aku belum tergolek lagi...




Dari naik sampai turun bukit apek tu masing-masing dah tak banyak suara dah...kalau tak kemain kepoh lagi sepanjang naik bukit saga tu, happy sangat ler tu. Sampaikan badan aku & adik aku berasap lah..nak kata hebat la tu kan...hehehe,tapi memang berasap!haba badan campur sejuk lepas hujan. Tapi kenapa kitorang berdua je kot?

Bukit Saga & Bukit Apek tiga jam berjalan...

Berhenti pun tak lama dah...kitorang terus panjat Bukit Putih pulak.Kat Bukit Putih ni ada air terjun!eksaited nak terjun kat air terjun tu la yang buat masing-masing tak berenti rehat lama-lama. Bukit Putih lagi ekstrem!laluan kecik & curam, berbatu-batu, berselut sebab hujan...macam-macam lah

Nak menyampai kat air terjun tu dekat tiga jam lagi berjalan...Dengar je bunyi air terjun masing-masing dah macam pacat jugak...Memang subhanallah lah!puas hati...tapi mandi pun setengah jam je, sebab jauh lagi nak jalan balik.



Nak ke kereta kena panjat Bukit Saga lagi...Kali ni Wai Kong bawak ikut trek lain yang tersangat mencabar. Dia kata 'tadi tu baru appetizer je'....Hapa!!appetizer je?abes peluh jantan betina dah kena perah tadi baru appetizer

Memang betul pun..lepas je dari air terjun tu kitorang kena panjat & turun bukit curam yang penuh dengan pacat, mencabar gila lah. Dapat jugak la aku hadiah seko pacat...tau-tau je dah berdarah kaki,nasib la aku tak perasan...kalau tak mau berguling-guling minta tolong tu.

Dekat pukul tiga tiga puluh minit petang baru la kitorang keluar...total semua dalam tujuh jam tiga puluh minit. Sangat puas hati

Dah bye!


Nota kaki sakit: Gambar-gambar kemudian aku tempek, tu pun kalau rajin la...

Jul 29, 2011

Rawak ~ 001

Semalam Malaysia vs Singapore! (game kelayakan world cup)


Semangat tengok bola(sampai habis game!)...


Selama ni tak pernah pun habis,kejap - kejap tukar channel.


Tivi kat rumah kongsi aku tu memang tahap sadis dah...


Makanya kena duduk betul-betul depan tivi sambil pegang antena sambil bersorak sambil sumpah seranah sambil makan pelam cicah rojak sambil facebook (habis semua update pasal bola ni, tak boleh kalah...nak jugak sebut bola dalam status aku tu)


Kena rasuk semangat harimau malaya la tu kot...


Aku takda jersi malaysia, satu-satunya baju yang ada kena mengena dengan bola adalah baju tido 'Arsenal' tu je...


Arsenal pun Arsenal lah...janji bola kan.


Hmmm...review pasal game?Aaron aziz & Adi Putra banyak...barisan pelakon yang hebat eh! barisan pemain yang hebat kot.


Dah tu je...


Bye!

Jul 5, 2011

Main panjat-panjat

Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan



Panjat memanjat ni memang dari kecik lagi dah kena trained!setakat gunung ganang,bukit bukau,lurah dendam tu tak jadi hal lah!kasi je..akan ku panjat!

Ha'ah!yaaaaaaang hadooo,sempoooooot....memang trained dari kecik,bila beso ni takat ngadap pokok paling tinggi pun pokok bunga mak, tu pun sebab dia menjalar sampai bumbung rumah...


Memang mencabar kewibawaan jiwa raga lah gunung datuk ni. 880M/2900ft je...masa aku panjat gunung pakai seliper jepun, seluar jean, tak bawa apa-apa selain kamera & purse...kat Poring, Sabah tu 950M + jambatan gantung tak berapa gila macam kat gunung datuk ni kot.


Trek dia berbatu-batu, berakar umbi meruntun jiwa jugak la...berapa kali berenti sedut napas ntah. Aku ikut group mytravelkaki, 60orang semuanya..dari budak 9tahun sampai la ke nenek & atuk pun naik..kagum gila lah!mostly chinese la...dorang je rajin buat benda-benda macam ni.


Tersipu-sipu jugak la masa kena pintas dengan atuk-atuk & nenek-nenek tu...scene "tok nenek tumpang lalu ye cu" je kan....comel je dorang.






Kali ni dah siap-siap bawa spray lintah (wajib!),air 100+ dua botol, roti bagai...malangnya bekalan makanan aku gi bagi pulak kat adik aku yang sepanjang hidup dia tak pernah bersukan..panjat memanjat apatah lagi.


Keluar rumah jam lima pagi...mana ada warung nasi lemak buka lagi,janji dengan geng-geng jam enam setengah semua orang dah kena gerak ke rembau. Petronas ada roti-roti je...orang kampung ler kan,makan roti mana kenyang,hehehe

Kebuluran jugak la aku kat atas tu,pelajaran dipelajari : bawak makanan dalam beg sendiri!

Satu jam setengah jugak la nak menyampai ke puncak tu...belum campur lutut gigil sebab gayat nak panjat tangga goyang-goyang ikat kat batu tu...



Tapi dorang semua sangat supportive...semua nak kasi kursus motivasi sepanjang memanjat tu, yela kan..kang kalau give up rugi...kalau buat-buat pengsan kang sape pulak la yang nak angkut ko turun kan. Tak pasal-pasal nak kena bermalam kat atas tu


Kesudahannya masing-masing pulang dengan gumbira & hati banyak puas!esok terima bahana...


Rasakan...jalan pun dah macam penguin.Rasanya penguin pun sopan sikit kot..tapi penguin comel,rasa macam nak peluk-peluk je kan,aku nak jugak comel pastu kena peluk...

Jun 10, 2011

Suami senyum je

Tajuk: Suami senyum je

Testimoni: Kini cuma dari rumah saya mampu meraih income 5 angka sebulan. Duit bukan lagi masalah, nak berjaya seperti saya daftar percuma dulu!

Gambar: Makcik pakai blazer merah dengan lipstik merah!tak nak kalah ngan baju dia...alololo comel je.

- Sumber: Iklan laman sesawang -



Suami dia senyum je...sebab dah tak payah bagi duit shopping ler tu...