Nov 6, 2008

Low Back Pain

tadi masa nak g surau aku lalu la kat information board kt seblah opis HR..selama ni lalu xdala aku rajin sgt nak baca info2 kat ctu kecuali ada ramai2 org bkumpul n baca ramai2..so aku pun join la baca.bukan apa adat la org malaysia..bila sorg2 x berminat nak tgk benda2 info yg bagus2,bila dh ramai yg bergosip baru dtg minat..sama la macam eksiden,semua berminat nak tgk dan perlahankan kenderaan..tapi xminat nak tolong.


berbalik kat info td tu,aku ada la terbaca pasal ‘Low Back Pain’(Tulang belakang ok!bukan seperti yang anda fikirkan..) ni info bergamba la..ntah mcmana masa baca tu aku punya menghayati dan fokus sampai aku punya Low Back mulai merasa Pain. sampai sekarang pun masih rasa sakit..isk,xboleh jadi ni..aku perlu patah balik ke sana utk membaca info2 yang seterusnya..sbb aku dok belek2 gamba je td(tu je yg menarik perhatian aku),hehe..


selepas beberapa minit(lama jgk la dok baca kt situ..maklum la sekali dia tulis english da…) The Golden Rules is : Stand Properly, Sit Properly, Sleep Properly.


hmmm…patut la,aku kalo berdiri mesti nak goyang2 kaki la,gerak kanan,gerak kiri,lagi2 time briefing pagi2 (time org bersenam,aku dok nyorok dlm opis,time bos berucap aku pusing2 kalau boleh 360darjah)mmg xreti diam kan?padan la muka aku..ni adalah stand yang tidak proper ok.moral dia,mulai esok aku akan join dorg bersenam..1,2,3 dan 3 lagi…iiiiiiyyyah!
dan lagi satu patut la masa ujian kawad kaki dulu sarjan aku asik panggil nama aku je..hehe,H**na*!!!awak kalau saya nampak bergerak2 lagi saya denda awak kawad pusing keliling padang ni..baik Tuan!!makanya sekarang ni aku tgh balas dendam kat sarjan aku tu la..tu yg aku sik gerak n xdok diam time beratur.


Sit properly?macamana tu?aku bayangkan sit properly tu adalah duduk yg sopan2 dan ayu(mcm masa org nak bertunang,bakal mak mertua masuk bilik nak sarung cincin..masa tu la aku rs duduk yg paaaaaaaling sopan n proper)xpun masa kecik2 dulu kalau pegi rumah kawan2 mak ayah aku,mesti kena warning awal2 sebelum masuk rumah..awak,nnt dlm rumah org duduk elok2,jangan nak punggah2 barang org,jangan nak wat sepah,jangan masuk bilik org,jangan mcm2 lagi la..dan aku seorg anak yang patuh(poyo).meb sebab tu ktorg adik beradik jadi pendiam bila dengan org lain kot.hehe..


kalau kat opis ni pun aku rasa aku duduk ikut suka..kalau bos xda (mcm sekarang ni)kaki aku siap bersila kt atas kerusi..kalo bos ada amat jarang aku akan duduk lama2 dkt kerusi(meronda2 bagi menunjukkan aku bz walaupun sebenarnya aku hanya la pegi ke lab utk meninjau2)ooo..meb aku kena duduk tegak2,baru la low back aku xrasa pain.


dan sekarang aku sedang bertahan (duduk dengan tegak)tahan….tahan…tahan…semoga aku kan terus bertahan sampai bila2..atau sekurang2nya sampai pukul 3ptg (waktu sekarang ialah 2.45ptg)


Sleep properly?semenjak minggu lepas aku telah berjaya membeli bantal baru,bagi menggantikan bantal lama (11tahun guna..lama woo)agak sedih la masa nak berpisah dengan bantal lama tu,byk kenangan aku dgn bantal tu..huk3x.aku beli dua biji..aku mmg suka tido dgn bantal yang banyak.kalau x rasa mcm open sgt(telanjang kot bahasa melayunya..aku xtau nak describe mcmana).arakian ceritanya..bantal itu keras(meb baru..belum lg dipeluk,dikepit,dibaling,ditepuk dan lain2 lg..)so,aku xdapat nak sleep dgn proper.


so kesimpulannya,berkemungkinan semua diatas itulah yang telah mengakibatkan tulang belakang(Low Back) aku rasa sakit..ditambah pulak dgn info baru yg aku tgk td.lepas ni aku mula risau utk melihat gamba2 sakit yang lain..takut nanti bila aku lihat aku akan mula sama merasa kesakitan itu.dan aku akan mula menganalisa (flash back) semua yg telah aku buat menjadi punca2 sakit.


p/s:aku masih lagi bertahan(duduk dgn tegak)…agak sukar utk bertahan.adei,mcm menambahkan lagi rasa sakit (Low Back) aku ni je..tahan..tahan..Doakan semoga aku mampu bertahan ya!

No comments: