Nov 19, 2008

semalam yang kusut

semalam aku senyap sepi...kat rumah terbaring tak larat,tunggu nak pengsan tapi tak pengsan2 jugak..aduh!sakitnya tidak terkata..pergi ke klinik,sudah.jumpa doktor,sudah.jumpa nurse merangkap kakak aku,sudah..tapi?sama jugak alasan yang doktor bagi,sama jugak ubat yang nurse merangkap kakak aku bagi.



mengadu kat mak,mak bagi ubat yang sama jugak..cuba la bagi kfc ke,boleh aku tiba2 shuffle dan jadi sihat cergas..atau mcD,boleh aku shake2 dengan gembira. mak kata orang yang sakit nak bersalin lebih kurang rasanya dengan sakit aku ni...wah??macam tu sudah berapa kali aku sakit bersalin??setiap bulan la macam tu..kira aku practice la ni?pahala2..orang yang sakit tu Allah nak ampunkan dosa.(kalau kita ingat padaNya)



arakiannya, semalam jugak aku tak makan dan hanya terbaring lesu.nak tengok tv pun tak lalu..dan selepas menelan 2biji ubat tanpa makan terlebih dahulu,aku akhirnya pengsan tak sedar2 walaupun henpon disebelah menyanyi lagu wonderpets bertalu2(aku setkan utk anak buah aku la..)selepas jam 4petang baru lah aku sedar dan kembali bermaya. maka perut menjadi lapar.








maka kentang goreng ini menjadi santapan untuk hari semalam...kentang adalah perkataan yang berasal dari indonesia,so dalam bahasa melayu nya ditambah 'ubi' menunjukkan kita ada perkataan sendiri. klik sini


kentang mengandungi potassium yang lebih dua kali ganda dari pisang, yang mana ianya baik untuk meneutralkan asid dan sistem pencernaan dalam badan. ia juga mengandungi alkali yang kuat, bagi menambah alkali kita...juga menambah kalsium,vitamin dan zat besi dalam darah.(banyak jugak aku tau pasal kentang ni ya..sungguh aku tak sangka)




jadi dengan harapan yang tinggi dan besar,kentang ini mampu mengubat kesakitan yang dialami dan ayat2 diatas juga aku gunakan untuk menjelaskan kepada mak aku tentang kenapa aku tak nak makan nasi pada hari itu..tapi mak aku takda respon langsung,mungkin penjelasan aku terlebih detail kot.




hari ni dah ok! : ) sudah boleh tersenyum lebar dan tidak lagi merasa kesakitan yang teruk itu..alhamdulillah.

3 comments:

♥S@R@♥ said...

CIK lulu pasni cuba try test(maksudnye sama je)..hehe
sapu minyk yg panas (bukn minyk masak yg dpnskn ea..kang da lak perut cik lulu ni melecur..hehe)conthnye cam bam gamat ke..pe lg ek..minyk abujat ke..insyaAllah ok..

En. Waldo said...

ala berlakon sakit je budak chena tu...padahal pergi tengok wayang...huhuhuhu

luluchen said...

kak sara: tengkiu2!akanku sapu segala ubat yang menerbitkan rasa panas itu..atau berendam dlm air panas pn ok gak kan,jom kt g mandi kat kolam air panas nak?lama xg kan.

en.waldo: hep2...tu bukan berlakon tu cobaan..