Dec 10, 2008

Berjemur dibawah hujan


Destinasi kali ini adalah negeri pahang darul makmur. Aku dan sekeluarga membuat keputusan muktamad untuk menyambut aidiladha dirumah abang kandung aku di Maran,pahang. Macam biasa la tiap kali raya atau cuti panjang bagi keluarga yang tidak mempunyai kampung untuk diziarahi,kami akan membuat keputusan untuk bercuti dimana2 yang ada 'rasa kampung' tu.

Dan abangku juga akan mengqiqahkan bahagian lembu untuk anak lelakinya. Maka kami bertolak pada jam 4pagi sabtu. dan aku telah menutup mata sehingga sampai ke temerloh (ayah aku drive aku melantak tido,haha)tapi selepas tu giliran aku memandu sampai la perjalanan pulang ke rumah..(balasan)

sesampai kami di maran, bersiap2 pula untuk berkhemah di Pantai Cherating(ni plan asal) tapi tak jadi,dan kami pergi ke Pantai Balok.lagipun memang tak pernah pergi dan sudah lama tidak bercamping. owh!lupa,sekarang adalah musim tengkujuh dan hujan,maka sepanjang kami disana juga adalah hujan..aku yang agak trauma dengan pantai telah bersiap2 dengan sunblock.adakah kamu memakai sunblock didalam hujan?


Maka kami berkhemah dan berbarbeque disana dengan gembira walaupun didalam hujan.mandi laut juga sangat mengembirakan kerana hujan (tak panas). apabila malam menjelang hujan juga tidak berhenti..maka kami berbual dengan gembira.Masa untuk tidur tidak begitu gembira kerana ribut tiba2 melanda menyebabkan khemah2 kami berterbangan..(sangat menakutkan!)dan aku telah lari untuk tidur didalam kereta (sangat tidak gembira) dan sebahagian keluargaku tidur di surau(selamat ada surau).dan kereta yang ditidurku bergoncang2 (cuak gila)

pagi harinya ditempat kejadian,barang2 kami agak berteraburan dipukul ribut..tetapi kami tetap gembira kerana dapat bersama. kami pulang setelah puas bergembira,dan melepak di komplek2 pasaraya di kuantan(aktiviti wajib ada dalam program cuti2 kami)kesimpulannya semua tersenyum gembira(anak buah aku je yang sedih sebab semua orang dh balik tinggal dia je kat maran nun,kesian..)


Nota Kaki: cerita ini telah dipendekkan memandangkan terlalu banyak kejadian berlaku dan aku agak malas untuk menaip(bengang dengan tetikus yang gila)

No comments: