Dec 10, 2008

Mengidam



Alangkah bahagia dan gembiranya hati ini jika rumah aku ada lane bowling seperti diatas..

1. Boleh bermain tanpa perlu menunggu nama di panggil mengunakan alat pembesar suara.
2. Boleh bersorak gembira tanpa cover2.
3. Takda lagi aksi memalukan seperti bola terbaling ke belakang(yang ni selalu..malu tau tiba2 jadi perhatian,maka aku akan gelak2 bersama mereka,taktik nak cover malu).
4. Tak perlu rebut bola dengan orang lain(kadang2 bola berminyak2..isk...aku selalu terbayang yang dorg korek idung kemudiannya membaling bola itu...eeeiiiiyak!)
5. Boleh bermain bila2 masa yang aku suka
6. Boleh buat aksi terbang (macam superman) kat lane tu..agak2 sakit x?
7. Ada kasut sendiri, tak perlu tipu yang aku ada bawa stokin sendiri(time bajet takda nak beli stokin)
8. Bola bowling aku mesti canggih dan strike selalu
9. Aman damai kerana aku boleh pasang muzik yang aku suka (selalu dorg suka pasang lagu rock kapak tak pun lagu dangdut,sangat menganggu konsentrasi)
10. Aku boleh ajak kawan ramai2 (tapi dorg kena bayar!hahaha..boleh buat bisnes sendiri)

Semoga cita2 dan impian yang satu ini tercapai...Amin!

2 comments:

eiman@nurizan said...

aik lum kawin dah mengidam??

luluchen said...

ni mengidam seblum kawin..sok dh kawin mngidam yg lain plak,haha