Jan 5, 2009

Hijrah perlukan pengorbanan

Salam Maal Hijrah dan Salam Tahun Baru Masihi...

Agak lama tak update blog disebabkan kejutan tahun baru dan cuti paksa yang belum menemui kesudahannya..

Maal Hijrah dan Tahun 2009 ni azam aku takda lah besar besaran mana pun..nak jadi seorang muslim sejati yang lebih tekun mempelajari dan nak lebihkan senyuman pada orang yang tak dikenali(kadang2 orang ckp aku sombong hanya dengan melihat muka ketat aku)

Tapi ada pulak kejutan yang menyentap seluruh jiwa raga aku (rasa macam nak masuk dalam raga sampai bila2 tapi masih ada duit masuk tiap2 bulan..boleh?)bersempena Maal Hijrah,aku juga telah dipaksa berhijrah tanpa rela ke tempat kerja baru yang mana aku tidak kisah jika gaji juga dihijrahkan dan lokasi kerja tidak membebankan.

Setelah membandingkan kesan dan akibat tempat kerja baru, ini kesimpulan yang dapat aku simpul2 kan...

1. Pindah rumah sewa (sekarang duduk dgn keluarga bahagia)
2. Kena bayar sewa sudah tentunya
3. Minyak kereta pinjam perlu dituang setiap masa (jarak perjalanan agak jauh berbanding tempat kerja lama)
4. Tol
5. Perlu membuat semua kerja sendiri (duduk rumah macam2 ada ok)
6. Berjauhan dari mak dan ayah
7. Tiada wang simpanan (yang ni paling aku risaukan)
8. Berkemungkinan wang tidak akan mencukupi setiap bulan
9. Tiada bantuan kewangan bagi mak, ayah dan adik2
10.Kereta pinjam aku adalah sejenis yang antik!!! (kalau rosak tgh jalan,tak kan aku nak tolak setiap hari?)

Ok,cukup sudah luahan isi hati perut aku. Sekarang aku perlu sambung sesi pencarian kerja aku (ada lg tak laman web selain jobstreet dan job.gov?)

Nota kaki:
Tempat kerja lama : Port klang
Tempat kerja baru : Bandar Baru Bangi

No comments: