Dec 12, 2008

Lelaki Cicak



Adalah bagus dengan adanya filem canggih sebegini diMalaysia yang terchenta ini. Tetapi yang tak bagusnya adalah mengapa mesti cicak yang diagung2kan?kenapa bukan haiwan lain?Aku bukan lah pengkritik filem sebab aku memang reti tengok filem tanpa bekerja ditabir atau sebaliknya. Dan aku sangat menghormati bakat mereka yang berkarya.

Persoalan yang membuatkan aku sangat2 tidak puas hati ialah;

1. Kenapa mesti cicak?
2. Kenapa mesti membuatkan semua orang menjadikan hero mereka cicak?
3. Kenapa orang islam(melayu) memuja cicak?

Tahukah kamu cicak itu haiwan yang sangat2 jahat dan keji?Si cicak ini lah yang menyebabkan Rasulullah dijejaki oleh kaum musyrik sehingga Rasulullah dicederakan seteruknya..sedangkan sang labah2 sedaya upayanya menutup jejak itu..

Tahukah kamu si cicak inilah yang meniup2 dengan harapan api lebih marak sewaktu Nabi Ibrahim dibakar hidup2 (walaupun ia tahu tiupannya itu sangat kecil dan tidak memberi impak) kejinya cicak ini...sedang sang burung sedaya upaya berulang alik mengambil air menggunakan paruhnya yang sangat kecil (walaupun ia tahu air itu tidak akan memadamkan api yang besar dan marak)

Hadith :
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.

Dari Abi Hurairah r.a berkata; Rasulullah bersabda; "Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu" (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Sehinggakan Rasulullah sendiri menamakan ia 'Penjahat Kecil'. kita pula sebagai Islam mengangkat dan menyanjungnya sebagai hero yang baik. Kita juga disunatkan membunuh cicak, diberi ganjaran pahala pula lagi.

Makanya kita hidup dibekalkan dengan pilihan...yang baik atau yang jahat,yang pahala atau yang dosa,yang dunia atau yang akhirat,yang syurga atau yang neraka. Semuanya ada pilihan.

Mengapa mesti pilih cicak?kita boleh menonton filem Lelaki yang bercita2 untuk menjadi Cicak,tetapi tolonglah jangan mengagung2 kan cicak haiwan yang keji itu.

6 comments:

eiman@nurizan said...

jadi tak bleh tengok la citer cicakman nih? ingat baru nak banjer tgk wayang... cancel la... hahah

♥S@R@♥ said...

betul2..persoalan itu gak dpkiran akk..

knp cicak yg dpilih?

luluchen said...

mr eiman: boleh tgk la..tp jgn la jatuh cinta kt cicak tu ; ) belanja tgk los dan faun pun ok!bila?jap lg ok?hehe

k.sara: nnt kita jumpa en.yusri kt tanya nak?

eiman@nurizan said...

bleh ke jumpa encik yusri? jumpa shukri bleh ler.. haha

luluchen said...

ooo..kira en.shukri tu P.A en.yusri ea?akan difikirkan..tapi mesti dia akan jawab "BIAK"

luluchen said...

ooo..kira en.shukri tu P.A en.yusri ea?akan difikirkan..tapi mesti dia akan jawab "BIAK"