Hari ini taip satu kertas kerja,(hari ke-5 dah ni...)
Kertas kerja panjang berjela...(tak siap-siap,lembab kan..37muka surat ok..powerpoint pulak tu)
Kertas kerja banyak perkataan 'Reduction' (biasa la ekonomi menjunam maka semuanya akan di 'Reduce' kan..)
Dan aku taip secara pantas tanpa memandang papan kekunci (nak menunjuk la tu kan,kalau guna mesin taip mesti jari aku luka-luka sebab tembus dicelah-celah butang huruf)
Tapi setiap kali nak taip perkataan 'Reduction' mesti jadi 'Resucktion'...
Adakah ini satu petanda?
Ya,mungkin ia mahu mengatakan sesuatu kepada ku - "Reduction itu suck!deal with it"
Nota kaki: Aku taip perkataan 'Reduction' dengan perlahan dan memandang papan kekunci sekarang.
mendengar kepada : The cranberries - Salvation
4 comments:
hehehehe...sambung gelak kat sini!
beb sambung gelak ang jgk la..hahaha(kan gelak tak sopan tu..)
mmg x pernah sopan pun...Nasrul
mmg x pernah sopan pun...Nasrul
Post a Comment