Jul 13, 2009

Menunggu si kecil yang akan keluar untuk melihat dunia

Kuala Lipis, Pahang
Dapat panggilan "Kak yati (kakak ipar aku) nak bersalin dah". Segera bertolak jam enam setengah pagi. Pemandu?sudah tentulah aku dan hanya aku. Tiga jam perjalanan termasuk berhenti sarapan dan memandu perlahan membuntuti lori - lori besar (kena tahan la...ceramah mak kalau memotong laju - laju). Menunggu waktu melawat, dan akhirnya dapat melawat mak buyung dan si kecik yang tak mahu lagi keluar dari perut ibu dia.



Penat memandu dan menunggu...maka katil sebelah jadi mangsa air liur basi, Haish!

Waktu melawat dah tamat, maka bawa si abang keluar bersiar - siar..biasalah kerenah budak yang nak dapat adik, macam - macam perangai dia buat untuk tarik perhatian...Jadi kesian pulak.. Layan je.


Jalan -jalan kat pasar tani, Aku memang suka pergi pasar - pasar di kampung bila dapat peluang, macam - macam benda ada, dan kadang - kadang benda yang tak pernah tengok pun ada. Malaysia kan...


Pergi minum/makan kawan belanja!!!!
Duit menjadikan orang tak berduit,
Renung dan menung - menungkanlah!!!

Ok, aku rasa mamat/tokey kedai kasut yang tulis ni memang kaki pau kawan - kawan kot...sebab prinsip dia duit menjadikan orang tak berduit, makanya dia mungkin tidak berduit kerana duit akan menjadikan dia tak berduit...Dan orang lain yang ada duit wajiblah belanja dia minum/makan. huhu, ada sesiapa yang sudi berkawan dengan dia?jika mahu sila lah ke pasar tani kuala lipis dan cari kasut besar warna merah.


Dan kami pulang ke Klang, Selangor pada hari yang sama kecuali mak aku, ayah dah culik dia bawa pergi kelantan... huuuwaaa!mak dapat shopping!!tidak!!




Terkini: Kakak ipar selamat melahirkan bayi lelaki jam lapan pagi (13 July 09), Akhirnya si kecil keluar untuk melihat dunia...Alhamdulillah.

6 comments:

suray4 said...

tak mcm nak org ziarah pun!
baca paper la, tito la...makan la...pg pasar la...

Waldo said...

wah pergi kuala lipis...kg. saya tu...lama dah tak pergi.

nas said...

kaki tido tul cik lulu ni..

luluchen said...

Bukan cikgu suraya: dah ziarah la tu, berjam-jam ziarah pesakit..pastu g ziarah tempat2 menarik plus uma ct nohaliza..huhu

Mr.waldo: lupa sungaian tul...gi balik kg,org kg dah lama menanti mr.waldo...isk

Abang: kaki mana boleh tidur sayang..hihi

nurizan said...

mana mak buyung nyer? takde pun

luluchen said...

mr.eiman: baju kuning tu la mak buyung..dia tak main nyorok2 pun.