Sep 21, 2009

Raya la korang puas puas...

Sempena menunggu korang balik dari kampung ni...aku yang sedia kala memang budak kampung, dan bila raya kedua je dah tak tau nak buat apa (dalam kepala asik fikir nak gi tengok movie ke..nak gi shopping)

Maka lebih baik la aku tempek gambar - gambar yang ada dalam talipon bimbit aku ni...kamera belum muat turun lagi...so, sikit-sikit pun jadi la...isi masa boring aku kan...

Rindu kat mekah dan madinah sebenarnya...terasa & terbayang-bayang lagi macam ada kat sana...

Aku dan 123orang pekerja sapura terbang dengan SV 0833, madinah dulu...lapan jam lima puluh minit perjalanan...puasa?dua puluh dua jam...(tahan tau!)kami berbuka di riyadh dalam kapal sahaja, tapi masa tu aku dah kenyang makan angin...segala apa yang ditelan semua tak boleh masuk dah, memang pengalaman la kan.


Aku pergi bawa dua beg ni je..dan tak beranak bercucu cicit pun beg ni (maklum la...bukan beruang pun...ustaz daud che ngah cakap kalau orang tu kaya dia BERUANG tau. Lagipun pergi untuk ibadah kan...bukan untuk beriadah)

Percaya tak? aku hanya bawa dua pasang jubah untuk pakai dua minggu...satu aku beli, satu cik kupu-kupu bermurah hati nak bagi pinjam. Kat sana pakai basuh kejap je kering, lagipun peluh tak kan berbau walaupun 47darjah celcius you!(bayangkan je la macamana punya peluh kan?peluh dah macam air mengalir je...)


Ini lah pakaian tiap-tiap hari kami...dan kamu tak kan kekok untuk kemana sahaja dengan memakai telekung...walaupun pergi komplek membeli belah. sebab nanti di padang masyar..manusia hanya pakai macam ni juga,yang lelaki pakai ihram ler...(so,bila tengok lautan manusia semuanya putih je...rasa insaf dan takut pun ada)

Pada sesiapa yang mewaqafkan al-quran, alhamdulillah..saya dah dapat sempurnakan hajat-hajat kamu.(bila bawa pesanan dan amanah orang ni...selagi tak tunaikan,mesti hati ni tak kan tenang je...tapi alhamdulillah, semuanya dapat saya tunaikan...yang lain-lain berserah pada Yang Maha Kuasa)

Rindu nak berbuka puasa ramai-ramai kat masjid...gambar kat atas ni, aku berbuka diperkarangan masjid je, tak sempat masuk...dah penuh sangat. Berbuka pun setakat apa yang ada...Air zam zam dan kurma (tapi berkat tau!sentiasa kenyang je..)Dan tak perlu risau...rezeki Allah merata-rata...ada satu hari tu, aku cuma ada sebotol Air zam zam je..dan tawakal je la..mungkin tu je rezeki untuk berbuka hari itu, tapi tiba-tiba datang pak arab hulur kurma sepaket...tak lama lepas tu datang lagi mak arab hulur roti, then budak kecik bagi biskut...then ada lagi bagi kacang-kacang.haa..kau!sampai tak larat nak ngabiskan. tu la bumi berkat kan..apa yang kita nak semuanya ada,yang penting kita tawakal pada Allah. Banyak lagi yang aku teringin nak makan (ngada-ngada kan?kat mekah la ko nak macam-macam)...ada sekali tu teringin sangat nak makan masak lemak cili padi...hehe,gamaknya kat mekah mana nak carik makcik oi!tapi kuasa Allah kan...tau-tau je masa berbuka kat hotel, ada masak lemak cili padi..Alhamdulillah.

Yang ni makan masa berbuka kat luar masjid...aku beli jus mangga (pure punya tau!takda campur-campur)then macam kebab tapi isi bukan ayam la, sedap!semua yang aku makan macam semua sedap je..hihi, ustaz kata jangan asik komplen je..kalau kita cakap tak sedap nanti semua jadi tak sedap dan tak boleh makan...(ada orang yang kena macam tu, kesian kan?banyak-banyak la bersyukur rezeki Allah dah bagi)


Jalan nak balik hotel lepas solat kat masjid (hotel dekat je dengan masjid) jalan kaki je....tapi penuh sesak dengan manusia..gambar atas tu baru sikit je.kadang-kadang sampai jam pun ada.nak melangkah tu jangan harap la...seret seliper sikit tu pun dah kira bergerak la tu.


Mr. eiman ni buka hotel kat mekah tak bagitau pun yea!saja la tu tak nak kasi orang duduk free


Perasaan bila nampak kaabah tu payah nak gambarkan!memang teruja, terpegun, kaku sampai tak berkelip-kelip mata...memang sangat-sangat mengujakan!jiwa dan hati semua rasa damai..tenang..walaupun masa tu penuh sesak riuh rendah dengan manusia.Tapi memang korang kena pergi sendiri baru tau macamana rasa dia.

baru nak dok bebel kat sini, mak dah call nak pergi beraya...(aku kan supirnya, kalau dapat duit raya pun bagus gak kan?abg!nak duit raya...tiap-tiap tahun asik kena hulur duit je,bila masa nak menerima nih)


7 comments:

Amphenous said...

bestnyaa.....biler laa amph dapat g plak yerk...haissshhh...kena kumpul duit niey...

nurizan said...

aisehman.. cemana bleh jumpa hotel tuh.. gi jenguk kat dalam tak? tengok sapa ada kat dalam tu? kot2 ada khalisah dalam tu.. haha

nas said...

pegi nampak kurus je dah balik dah gemuk lak..

luluchen said...

amph: insyaAllah amph..kalau Allah nak bagi,tak sempat kumpul duit pn dah dpt pegi tau!so,tanamkan niat (niat pun dah dapat pahala haji tau...)n jgn lupa doa!

mr.eiman: tiap2 hari lalu dpn hotel tu,jengok2 la jugak..mana tau kot2 mr.eiman ada kat ctu ke,sekali jumpa mr.eiman arab da!

abg: makan kat sana sedap2 la...hihi,aiskrim susu unta,ayam golek,kambing pun sedap!takda kolestrol tau!blh mkn byk2...nyum2

nurizan said...

banyaknyer makan.. ish ish ish.. macam tak pose jer.. keh keh keh

suray4 said...

anna pun rasa cam nak pg!
nak kumpul wang..nak kumpul wang emas!

tahniah la sbb ente di murahkan rezeki smpai kat sana...bukan calang2 org ni! suspek skit

anna pun nak ikut jejak ente..insyaallah

Anonymous said...

mr.eiman: puasa la..lepas berbuka kita bedal ler,kih2

suraya: wah!ente mau ikut jejak ana?boleh buat siri 'jejak chena' nih.kayo makcik wei!


-lulu-