Feb 22, 2010

Malaysia panas la

Malam ahad yang bahang

Tidur - tidur ayam dengan lelehan peluh yang bukan sedikit

Kipas yang disetkan dengan kelajuan maksimum tidak berupaya menyejukkan suasana

Bangun pagi tanpa perlu dikejutkan oleh deringan jam

Mandi lama-lama dengan harapan boleh sejukkan badan (hati)

Pagi isnin yang suam

Mata merah-merah jambu

Selesai baca doa, segera hidupkan injin motokar

Semoga isnin ini berjalan lancar

Dipejabat, segera hidupkan komputer

Mulakan pagi dengan senyuman

Tapi komputer hidup segan mati tak mahu

Merajuk kah dia?aku belai-belai komputer sambil pujuk hati sendiri

Kerja aku hari ini:

Komputer mati,Hidupkan komputer,Komputer mati,Hidupkan komputer

Sampai dah setengah hari ni

Mampukah aku hadapi dengan senyuman lagi

Hendak panggil pakar, aku agak trauma

Kerana kejadian

'pakar telah format komputer aku dengan jayanya sehingga tiada apa yang tinggal '

Segala kerja aku agak bergantung pada komputer

Walaupun ada backup

Oh tidak...

Hari tu dia ni yang buat hal

Tolong!!!apa nak buat...


4 comments:

aNoZ said...

haha.. kesian. x pe. bia panas di dunia jg panas di neraka. oke? =PP

Dr Singa said...

beli baru!!!

Anonymous said...

anoz: ya betul..

k.izat: bos kata 'no budget'!adei

-lulu-

dianamisri said...

oh dasatnye sakit hatimu itu..